Sat, 11 May 2024

HEADLINES :


Hospital Kudat perlu naik taraf, doktor pakar
Published on: Sunday, April 28, 2024
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

Hospital Kudat perlu naik taraf, doktor pakar
Naik taraf sebegini adalah satu keperluan, kata Ben, kerana terdapat ratusan pesakit atau keluarga pesakit dari Kudat, yang terpaksa berulang-alik ke hospital besar kerajaan di KK di mana ada yang perlu menghadiri pemeriksaan perubatan sehingga tiga kali seminggu.
HOSPITAL daerah Kudat amat perlu dinaik taraf dengan lebih ramai doktor pakar ditempatkan di hospital (Kudat) itu, yang sangat jauh berbeza daripada hospital besar kerajaan di Ibu Negeri.

Adun Tanjong Kapor Ben Chong, yang membuat gesaan itu, berkata menteri bertanggungjawab dalam hal kesihatan di Sabah perlu memohon peruntukan untuk menaik taraf kemudahan hospital Kudat seperti peralatan dan dewan bedah yang serba kekurangan.

Beliau berkata ini penting supaya pesakit kritikal tidak perlu dikejarkan ke hospital Kota Kinabalu (KK).

“Walaupun saya tahu peruntukan dan hal berkaitan hospital ini terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, tetapi saya berharap Menteri berkenaan dapat berunding dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menempatkan lebih ramai doktor pakar di Hospital Kudat.

“Sebagai langkah jangka pendek dan cepat, saya berharap Menteri berkaitan dapat berunding dengan Jabatan Kesihatan Sabah (JKNS) untuk meningkatkan kekerapan lawatan doktor pakar ke Kudat supaya pesakit dari daerah ini tidak perlu berulang-alik ke KK dengan perbelanjaan tinggi dan di luar kemampuan mereka,” katanya.

Ben berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Dewan Undangan Negeri di sini, baru-baru ini.

Naik taraf sebegini adalah satu keperluan, katanya, kerana terdapat ratusan pesakit atau keluarga pesakit dari Kudat, yang terpaksa berulang-alik ke hospital besar kerajaan di KK di mana ada yang perlu menghadiri pemeriksaan perubatan sehingga tiga kali seminggu.

“Ramai pesakit ini terpaksa mengabaikan rawatan atau janji temu perubatan mereka kerana tidak mampu membayar tambang pengangkutan awam atau persendirian dari Kudat ke KK.

“Dan ada yang terpaksa berhutang dan menggadai emas serta harta benda semata-mata untuk membayar tambang pengangkutan. Setiap hari saya perhatikan ambulans yang terpaksa bergegas dari hospital Kudat ke KK tanpa henti.

“Ada kalanya pesakit yang dalam keadaan serius terpaksa menunggu dan bertarung nyawa kerana ambulans yang menghantar pesakit terdahulu masih belum pulang dari KK,” katanya.

Ben berkata, dia melihat sendiri bagaimana pemandu ambulans yang baru tiba di Hospital Kudat selepas menghantar pesakit ke KK, hanya sempat minum segelas air sebelum terpaksa menghantar pesakit kritikal seterusnya ke KK.  

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here