Sun, 19 May 2024

HEADLINES :


RM20 juta untuk naik taraf tamu di Sabah, Sarawak
Published on: Tuesday, May 07, 2024
Text Size:

RM20 juta untuk naik taraf tamu di Sabah, Sarawak
EWON ketika bertemu peniaga di tamu Kampung Melangkap Tiong di Kota Belud.
KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk menaiktaraf tamu komuniti kepada Tamu Desa di Kampung Melangkap Tiong.

Beliau berkata, tamu komuniti kampung itu yang dibina sejak sekian lama dan beroperasi sehingga kini perlu dinaiktaraf untuk keselesaan usahawan kecil.

“Ini adalah antara inisiatif baharu yang saya perkenalkan di kementerian saya untuk membantu usahawan dan peniaga tamu khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Tahun ini, sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk melaksanakan pembangunan Projek Tamu Desa di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak iaitu menaiktaraf tamu komuniti sedia ada atau membina kemudahan tamu desa yang lebih baik.

“Antara yang akan mendapat manfaat, ialah Tamu Komuniti Kg.Melangkap Tiong bagi menyediakan kemudahan tamu yang lebih selesa untuk usahawan-usahawan tamu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Penggalakan Koperasi Peringkat Komuniti Zon Melangkap sempena Sambutan Pesta Kaamatan Kg.Melangkap Tiong, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah Matias Kundapin, Pengerusi Pengajur Anichlose Kasimin, wakil-wakil agensi kementerian dan para penduduk kampung.

Ewon berkata, secara keseluruhannya peruntukan awal untuk pelaksanaan Projek Tamu Desa di Sabah akan diserahkan kepada kerajaan Sabah semasa perasmian Karnival Tekun Madani dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu, pada 11 Mei ini.

“Selepas itu kita juga akan sampaikan peruntukan awal kepada kerajaan Sarawak untuk pelaksanaan Projek Tamu Desa tahun ini.

“Saya berharap inisiatif baharu seperti Tamu Desa, Program Rangsangan Koperasi Pelancongan dan inisiatif-inisiatif baharu yang lain yang dilaksanakan oleh Kuskopakan melonjakkan lagi gerakan koperasi dan keusahawanan di Sabah,” katanya.

Ewon berkata, pada tahun lepas beliau juga tmemperkenalkan Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT) di bawah agensi Tekun.

“Saya berharap Projek Tamu Desa ini akan melengkapkan lagi program sedia ada yang kita laksanakan atau perkenalkan,” katanya.

Turut diadakan Jualan Madani Koperasi dan Usahawan (JMKU) sebagai antara usaha membantu masyarakat kampung menikmati barangan keperluan haruan pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran iaitu potongan harga sehingga 20 peratus.

Potongan harga ini merupakan subsidi yang disediakan kerajaan dan kementerian. 

Turut disampaikan bakul makanan kepada 20 penerima.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here