Tue, 28 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

PM mahu integriti penjawat awam setimpal dengan pengiktirafan diberi kerajaan
Published on: Monday, May 06, 2024
By: Bernama
Text Size:

PM mahu integriti penjawat awam setimpal dengan pengiktirafan diberi kerajaan
Gambar sekadar ilustrasi
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti penjawat awam setimpal dengan pengikitirafan dan keyakinan yang diberikan kerajaan melalui pelarasan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Mei di sini hari ini, beliau berkata justeru itu, penjawat awam diminta mengenal pasti individu yang merosakkan nama baik perkhidmatan awam.

“Jadi saya minta sementara kita beri satu anjakan yang agak radikal dari segi memberikan pengiktirafan dan habuan kepada penjawat awam, saya minta saudara-saudara untuk mengawal sendiri jabatan dan kawan-kawan supaya dikenal pasti orang-orang yang merosakkan nama baik penjawat awam.

“Ada golongan kecil yang rasuah, tak datang kerja, pelbagai masalah. Apakah harus kita beri layanan yang sama pada kumpulan kecil itu, jawab saya, tidak, kita tidak akan beri layanan sama,” katanya.

Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here