Mon, 17 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Lelaki didakwa miliki senjata di tempat awam
Published on: Saturday, May 25, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Lelaki didakwa miliki senjata di tempat awam
Kesalahan di bawah Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya itu membawa hukuman penjara antara lima dan 10 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 22 tahun didakwa memiliki tiga kerambit dan seunit bukulima (senjata tajam) di tempat awam. 

Jeremy Chong Yu Xuan mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Chong didakwa memiliki senjata tajam itu di khalayak ramai jam 10.30 pagi pada 19 Mei tahun ini di sebuah rumah di Taman Green View, Jalan Lintas Luyang, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya itu membawa hukuman penjara antara lima dan 10 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 27 Jun depan untuk pengurusan kes praperbicaraan dan memerintahkan Chong direman sementara menunggu tarikh tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus manakala Chong tidak diwakili.

Sementara itu di Mahkamah Majistret, Chong turut meminta dibicarakan atas pertuduhan memiliki pistol palsu dan dua pistol palsu.

Chong yang membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie, didakwa memiliki senjata api palsu itu jam 1.30 petang pada hari sama dan dihadapkan sebagai pertuduhan di Mahkamah Sesyen.

Pengurusan kes pra-perbicaraannya pada 27 Jun dan mahkamah menawarkan ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan dua orang penjamin tempatan.  

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here