Sun, 16 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Atasi ketidakcekapan dalam kerajaan: LDP
Published on: Thursday, May 23, 2024
By: Nikko Fabian
Text Size:

Atasi ketidakcekapan dalam kerajaan: LDP
Chin mempersoalkan sama ada Jabatan Peguam Besar sudah mendapat persetujuan Ketua Menteri sebelum melantik Tengku Fuad, kerana surat itu dikeluarkan sejak dua tahun lalu.
Kota Kinabalu: Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin (gambar) menggesa tindakan tegas untuk menangani ketidakcekapan dalam struktur kerajaan di Sabah.

Kebimbangan Chin berpunca daripada tindakan disengajakan oleh pegawai kerajaan tertentu untuk menjejaskan pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS), seperti yang diketengahkan dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau menegaskan perlunya Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengambil langkah berani dalam memecat pegawai tidak cekap yang bertindak bertentangan dengan aspirasi Kerajaan Negeri.

Beliau percaya tindakan sedemikian adalah penting untuk menegakkan integriti Kerajaan dan memastikan dasar yang sejajar dengan kepentingan rakyat dan negeri.

Selain itu, Chin menekankan kepentingan sokongan orang ramai terhadap usaha Kerajaan untuk menangani ketidakcekapan dalam jabatan kerajaan.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa penyingkiran pegawai yang tidak cekap dan pelaksanaan dasar yang berkesan akan mendapat sokongan meluas daripada orang ramai, menunjukkan komitmen terhadap tadbir urus yang baik dan akauntabiliti.

Berdasarkan perkembangan ini, Chin menegaskan gesaan untuk memecat pegawai yang tidak cekap dalam struktur kerajaan mencerminkan komitmen LDP bagi empromosikan ketelusan, kecekapan dan integriti dalam pentadbiran Sabah.

Pendirian LDP menekankan dedikasinya untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan memastikan pegawai kerajaan bertindak demi kepentingan terbaik negeri dan rakyatnya, katanya.

Mengenai isu pelantikan AG Negeri, Chin meminta Kabinet Negeri menyokong keputusan Hajiji dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

Isu itu timbul berikutan surat daripada Jabatan Peguam Besar bertarikh 8 Jun 2022, melantik Tengku Datuk Fuad Ahmad mewakili Kerajaan Negeri dalam semakan kehakiman yang dimulakan oleh Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) terhadap Kerajaan Persekutuan.

Chin mempersoalkan sama ada Jabatan Peguam Besar sudah mendapat persetujuan Ketua Menteri sebelum melantik Tengku Fuad, kerana surat itu dikeluarkan sejak dua tahun lalu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here