Wed, 29 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Pelayar warga Sweden ditemukan maut di Labuan
Published on: Saturday, May 11, 2024
By: Bernama
Text Size:

Pelayar warga Sweden ditemukan maut di Labuan
Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau, Khamis - Kredit Polis Labuan
LABUAN: Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau, Khamis malam.

Ketua polis Labuan Supt. Mohd Hamizi Halim berkata mayat Swesvahn Dick Thomas, 55, ditemukan oleh orang awam yang melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa pada 7.16 malam.

Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat, lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lepas.  

“Maklumat terperinci mengenai kejadian itu masih belum diketahui memandangkan siasatan masih berjalan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Hamizi berkata mayat tersebut telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Labuan dan beliau menggesa individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil membantu siasatan.  

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here