Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Lapan lelaki termasuk warga Filipina ditahan positif syabu
Published on: Friday, May 17, 2019
By: R Gonzales
Text Size:

Lapan lelaki termasuk warga  Filipina ditahan positif syabu
KOTA BELUD: Seramai lapan lelaki termasuk seorang warga Filipina didapati positif dadah jenis syabu ditahan polis dalam serbuan Op Sarang Ketujuh 2019 di Kampung Pompod, di sini, Rabu lepas.

Serbuan bermula 2.30 hingga 5 petang itu dijalankan seramai 11 anggota dan seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata pada awal serbuan, pihaknya berjaya menahan sembilan lelaki yang disyaki terlibat kegiatan terbabit. 

Katanya, serbuan dijalankan di setiap rumah suspek dan sekitar kampung selepas risikan dijalankan dan pihak polis membawa semua suspek ke balai polis untuk menjalani pemeriksaan air kencing.

“Hasil daripada saringan awal ujian air kencing, tujuh individu tempatan dan seorang warga Filipina berusia 21 tahun hingga 53 tahun didapati positif dadah jenis syabu.

“Pihak polis turut merampas dadah jenis syabu dianggarkan seberat 6.11 gram bernilai RM900 ketika serbuan dijalankan,” katanya kepada Harian Ekspres.

Mohd Zaidi berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952, Seksyen 39a1 ADB 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.

“Polis akan terus melakukan serbuan dan diminta kerjasama orang awam agar menyalur sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah untuk menumpaskan sindiket pengedaran dadah di daerah ini,” katanya.

Terdahulu, Mohd Zaidi berkata, susulan tangkapan itu, pihak polis turut mengadakan Op Payung 24 Jam di Kampung Pompod bermula 7 pagi sehingga 3 petang, pada Khamis.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here