Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Lurang bocor wujud lopak berbau busuk
Published on: Saturday, May 18, 2019
By: Oliver Voon
Text Size:

Lurang bocor wujud lopak berbau busuk
Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dimaklumkan mengenai keperluan untuk menangani lurang bocor di satu bahagian Lorong Kacang Tanah 1, kerana ia mewujudkan satu lopak besar air berbau busuk di bahagian Kolombong itu.

Seorang pemilik kedai yang premisnya terletak di pusat komersial berdekatan memberitahu Hotline baru-baru ini bahawa air sisa yang melimpah dari penutup lurang yang longgar itu boleh merosakkan bitumen atas jalan dan mencemarkan parit-parit di pusat perindustrian itu.

“Saya mulanya berfikir ia hanya air hujan kerana hujan turun dengan lebat pada hari saya mula-mula melihatnya tetapi saya perhatikan lopak air itu terus berada di situ walaupun selepas beberapa hari,” kata JOSEPH, pengadu tersebut.

Selain daripada menyebabkan pelanggan mereka menjauhkan diri disebabkan bau busuk itu, dia mengeluh kerana ia juga menjadi ancaman kesihatan kepada orang awam yang terdedah kepada persekitaran tidak sihat itu setiap hari.

“Ia tidak sihat untuk menghidu udara yang tercemar dengan kumbahan,” tambahnya.

Bagaimanapun, dia berkata tiada masalah untuk menggunakan tandas-tandas di unit kedainya buat masa ini.

“Kami boleh mengepam air dalam mangkuk tandas tanpa sebarang masalah tetapi itu bukan alasan untuk pihak berwajib mengambil ringan perkara ini,” katanya.

Memburukkan lagi keadaan, beliau berkata pemandu-pemandu terpaksa memandu lalu lopak air kumbahan di atas jalan itu.

“Ia meninggalkan bau busuk di jalan masuk ke rumah kami, malah di anjung kereta kami di rumah,” katanya.

Dia menggesa pihak berwajib agar mempercepatkan usaha mereka untuk membersihkan bahagian tersumbat pada saluran pembetungan di kawasan itu.

“Ia benar-benar memerlukan penyelenggaraan ketika ini memandangkan keadaannya sekarang,” tambahnya.

Seorang jurucakap JKR memberi jaminan bahawa pekerjanya akan dikerahkan ke tapak itu untuk memeriksa kandungan lurang itu secepat mungkin.

“Izinkan kami untuk memeriksanya terlebih dahulu sebelum mengulas lanjut,” katanya, menambah kesudahannya akan dimaklumkan kepada Hotline kemudian. (OV)





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here