Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
‘Penguatkuasaan tegas perlu’. Masalah air di UMS tidak akan berakhir selagi wujud sambungan haram koloni setinggan
Published on: Saturday, January 20, 2024
Published on: Sat, Jan 20, 2024
Text Size:
Text:
‘Penguatkuasaan tegas perlu’. Masalah air di UMS tidak akan berakhir selagi wujud sambungan haram koloni setinggan
“Walaupun Kementerian Kerja Raya (JKR) Sabah memberi jaminan masalah air di UMS akan selesai setelah Loji Rawatan Air Telibong 2 siap hujung Januari ini, namun UMS masih akan menerima tekanan air rendah akibat terlalu banyak penyambungan haram di koloni setinggan,
Kota Kinabalu: Penguatkuasaan tegas perlu diambil ke atas koloni setinggan di sekitar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menyumbang kepada masalah air di institusi pengajian tinggi berkenaan. 

Membuat gesaan itu, Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Datuk Masiung Banah berkata, masalah air di UMS tidak akan berakhir selagi wujud penyambungan haram besar-besaran di perkampungan setinggan itu.

Advertisement
Selain itu, katanya, penghuni flat rumah kos rendah milik LPPB di Taman Jaya Diri, Bukit Setia di Sepanggar dan Taman Sri Warisan di Inanam Laut, merungut sering kali mengalami gangguan bekalan air selain tekanan air amat rendah.

“Walaupun Kementerian Kerja Raya (JKR) Sabah memberi jaminan masalah air di UMS akan selesai setelah Loji Rawatan Air Telibong 2 siap hujung Januari ini, namun UMS masih akan menerima tekanan air rendah akibat terlalu banyak penyambungan haram di koloni setinggan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Inisiatif MyJans yang diperkenalkan kerajaan tidak banyak mengubah keadaan kerana penduduk setinggan, terutama warga asing, sudah terbiasa menikmati air dan elektrik secara percuma hasil penyambungan haram,” kata beliau.

Pada Khamis lalu, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melancarkan aplikasi MyJans untuk pengguna mengakses perkhidmatan bekalan air secara dalam talian.

Advertisement
Walaupun ia memang inisiatif baik, Masiung berkata penyambungan haram tetap akan berlaku.

Adun Kuamut itu menggesa agensi berkaitan terutama JANS supaya menjalankan operasi penguatkuasaan besar-besaran secara berjadual di kawasan setinggan dan kilang-kilang.

Advertisement
Baru-baru ini, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kewujudan koloni setinggan dengan kira-kira 12,000 rumah dipercayai menjadi penyumbang kepada masalah bekalan air di universiti terbesar di Sabah itu.

Kerajaan Negeri mengalami kerugian 18 juta liter air sehari (MLD) akibat tindakan penyambungan haram.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir baru-baru ini semasa lawatannya di UMS disambut oleh pelajar yang mengadu mengenai bekalan air yang tidak baik.

Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa laporan berhubung masalah bekalan air yang berterusan di UMS walaupun mendapat kelulusan RM3 juta tahun lepas untuk menyelesaikan isu itu.

Sebagai maklum balas, Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Md Mansur dilaporkan berkata peruntukan itu digunakan untuk mendirikan enam telaga tiub untuk memanfaatkan air bawah tanah dan memasang sistem paip baharu.

Lebih sedekad yang lalu, pada 2010, dilaporkan bahawa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) membayangkan sebuah bandaraya yang bebas setinggan menjelang 2015.

Bagi mencapai matlamat tersebut, DBKK dilaporkan telah merangka strategi untuk menghapuskan setinggan di Bandaraya, termasuk penglibatan industri perumahan dan agensi Kerajaan Negeri.

Pada Disember tahun lalu, dilaporkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan sedang merangka kerangka untuk menyelaras usaha menguruskan setinggan di Sabah, yang telah disediakan sebelum ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, yang juga Timbalan Ketua Menteri, dilaporkan berkata Jawatankuasa Khas dan Jawatankuasa Teknikal telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan perbincangan bagi menangani isu tersebut.

Pelan pengurusan yang lebih jelas termasuk “angka kunci”, pelan tindakan dan garis masa untuk pengurusan setinggan akan dimuktamadkan dan dibentangkan kepada Kabinet Negeri untuk kelulusan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here