Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


‘Sekat peminjam gagal bayar PTPTN ke luar negara tidak wajar’
Published on: Wednesday, May 22, 2019
Text Size:

‘Sekat peminjam gagal bayar  PTPTN ke luar negara tidak wajar’
KOTA KINABALU: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membayar balik pinjaman tidak seharusnya disekat ke luar negara, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick (gambar).

Beliau berkata, sekatan ke luar negara tidak wajar kerana masih terdapat kaedah lain untuk memberi peluang kepada peminjam untuk melunaskan pinjaman mereka.

“Ini termasuk memberi peluang kepada peminjam untuk menerokai potensi pekerjaan di luar negara. Mudah-mudahan dengan adanya rezeki di perantauan, mereka boleh kembali berbakti ke negara kita suatu hari nanti termasuk membayar semula pinjaman PTPTN untuk dipinjamkan semula kepada siswi seterusnya.

“Saya melihat banyak rakan dari pelbagai peringkat kelulusan yang kini bekerja dan mencari rezeki di negara lain. Saya fikir ini boleh digalakkan kepada para graduan, bukannya disekat. Saya percaya mekanisme berkaitan boleh diwujudkan berhubung perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Jumaat.

Ewon yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kadamaian turut menyokong pandangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa cadangan sekatan tersebut perlu dikaji semula.

 “Memang diakui, ramai graduan universiti dan kolej yang meminjam dengan PTPTN masih belum mempunyai pekerjaan tetap dan sudah tentunya berhadapan cabaran besar dalam membayar semula pinjaman mereka.

“Jumlah graduan yang semakin bertambah berbanding dengan pasaran kerja serta keperluan tahap kompetensi dan karenah indistri mencetuskan cabaran besar kepada graduan-graduan ini mencari pekerjaan,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan dipetik sebagai berkata PTPTN merancang untuk melaksanakan semula sekatan ke luar negara terhadap peminjam PTPTN yang dikategorikan sebagai peminjam culas. – Bernama

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here