Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
GAH berpotensi jadi mercu tanda pelancongan baharu Sabah
Published on: Friday, April 26, 2024
Published on: Fri, Apr 26, 2024
By: Noor Zafira Zayn
Text Size:
Text:
GAH berpotensi jadi mercu tanda pelancongan baharu Sabah
ANDI (kanan) melihat koleksi seni.
Kota Kinabalu: Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandi berkata Galeri Azman Hashim, Universiti Malaysia Sabah (GAH-UMS) berpotensi untuk menjadi mercu tanda dan lokasi pelancongan baharu Sabah khasnya bagi mempromosikan aktiviti seni dan artis tempatan.

“Saya sampai di bangunan ini dan saya kagum kerana rekabentuk dan keunikannya. Saya yakin GAH berpotensi untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan dan kita akan terus berusaha untuk memberi sokongan berterusan kepada GAH, termasuk pelukis tempatan yang mempamerkan karya mereka di sini,” katanya pada majlis Soft Launch Pameran The Personality of Borneoan Art: Real and Imagined di sini, Rabu.

Advertisement
Menurut Andi lagi, beliau yakin kerajaan khasnya Kementerian Pelancongan, Alam Sekitar dan Budaya Sabah akan terus mempromosikan pelancongan dan budaya serta kesenian Borneo kepada pelancong.

Katanya, Sabah mempunyai nilai kebolehpasaran dan berpotensi untuk ditonjolkan kepada semua khasnya dari segi keaslian dan kehalusan seni kraf.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here