Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Tiga maut, bot bertembung di perairan Pulau Gaya
Published on: Sunday, May 26, 2019
By: Sherell Jeffrey
Text Size:

Tiga maut, bot bertembung  di perairan Pulau Gaya
KOTA KINABALU: Pelanggaran antara dua bot penumpang di perairan Pulau Gaya, di sini, pada malam Jumaat lepas, menyebabkan tiga anak muda maut dan tujuh lagi cedera.

Bot yang membawa penumpang yang kesemuanya lelaki, dibawa oleh pengendali berumur 20 tahun sedang menuju ke arah jeti Safma dari Kampung Pondo di pulau itu, apabila pelanggaran itu berlaku sebelum tengah malam.

Polis mengenal pasti tiga mangsa maut sebagai berumur 15 tahun, 19 tahun dan 20 tahun, dan mayat mereka dikeluarkan dari bawah bot yang terbalik.

Tujuh lagi yang cedera, berumur antara 12 dan 20 tahun, termasuk seorang dalam keadaan kritikal, diselamatkan oleh pengendali bot lain di kawasan itu dan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 1.

Ketua Polis Bandaraya ACP Habibi Majinji, dalam satu kenyataan di sini, Sabtu, berkata penemuan awal menunjukkan bahawa bot itu bertembung dengan bot penumpang lain yang dikendalikan seorang lelaki berumur 56 tahun yang menuju ke arah pulau itu dari jeti pasar ikan di sini.

Pengendali lebih berusia itu, yang membawa bot kosong ketika itu, mendakwa dia mendengar bunyi enjin tetapi tidak melihat sebarang lampu bot di depannya.

Dia mendakwa dia hanya sedar ada bot di hadapannya apabila sudah terlalu lambat untuk mengelak pelanggaran itu.

Lelaki itu kemudiannya ditahan untuk memudahkan siasatan selepas dia menyerah diri di balai polis Pulau Gaya pada hari sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian dan Seksyen 280 Kanun sama kerana mengendalikan bot dengan gopoh.

Bedah siasat akan dilakukan terhadap tiga mangsa maut untuk mengesahkan punca kematian sebenar, kata Habibi.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here