Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Tabung Haji serah zakat RM1.7 juta kepada Muis
Published on: Sunday, May 26, 2019
Text Size:

Tabung Haji serah zakat RM1.7 juta kepada Muis
KOTA KINABALU: Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat berjumlah RM1.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) dalam satu majlis di sini, pada Jumaat lepas.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menerima bayaran zakat itu daripada Pengarah TH Sabah Datin Nurlaila Said.

Nurlaila dalam satu kenyataan di sini berkata bayaran zakat bagi negeri Sabah ini mencatatkan peningkatan sebanyak 28.2 peratus berbanding RM1.3 juta pada tahun 2017. 

“Setiap tahun, TH melaksanakan bayaran zakat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab TH sebagai sebuah organisasi Islam dengan sasaran untuk memperkasakan kewangan Islam dan pembangunan sosio-ekonomi ummah terutama bagi golongan asnaf,” katanya.

Beliau berharap pembayaran zakat ini dapat dimanfaatkan oleh Muis ke arah kemampanan program-program zakat yang dirangka di negeri Sabah bagi kelestarian ekonomi golongan asnaf, tambahnya lagi. 

Menurutnya jumlah keseluruhan bayaran Zakat TH 2018 terus mencatatkan peningkatan 26.6 peratus (RM85.57 juta) berbanding tahun 2017 (RM67.61). – Bernama





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here