Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Lajim tidak tolak  kemungkinan  tanding  jawatan Bersatu
Published on: Sunday, June 16, 2019
Text Size:

Lajim tidak tolak  kemungkinan  tanding  jawatan Bersatu
BEAUFORT: Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), Datuk Seri Lajim Ukin tidak menolak kemungkinan akan bertanding pada Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dijadualkan Julai depan.

Bagaimanapun, kata bekas Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) yang telah dibubarkan untuk menyertai Bersatu, baru-baru ini berkata, semua itu akan berlaku jika ada permintaan.

Tanpa menyatakan secara tepat jawatan apa yang akan ditandinginya, beliau memaklumkan keputusan mengenainya hanya akan dibuat selepas berbincang dengan kepimpinan sedia ada.

“Saya tidak menolak sebarang kemungkinan (bertanding dalam pemilihan Bersatu) namun semua ini akan dibincangkan dengan kepimpinan sedia ada sebelum keputusan dibuat.

“Tidak juga semestinya saya jadi Ketua Bahagian (Bersatu Beaufort) kerana apa yang penting adalah usaha kita untuk mengukuhkan parti ini di Sabah,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka PBBS di Kampung Kaundo, di sini, Sabtu.

Hadir sama Pengerusi Penaja Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, Ketua Penaja Bersatu Bahagian Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih dan Ketua Penaja Bersatu Bahagian Lumadan, Matbali Musa.

Parti Harapan pimpinan Lajim yang ditubuhkan pada 2016 lalu secara rasminya dibubarkan pada April lalu bagi memberi laluan 64,000 ahlinya menyertai Bersatu secara ‘en-bloc’.

Dalam pada itu, Lajim berharap Bersatu Sabah di bawah pimpinan Hajiji mengamalkan ‘dasar terbuka’ terhadap sebarang kritikan daripada ahli-ahlinya bagi memastikan kelangsungan parti berkenaan.

Beliau berkata, ia penting bagi mengelakkan parti dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu mengikut jejak langkah Umno yang sebelum ini enggan menerima sebarang teguran daripada rakyat.

“Perlu ada keterbukaan..jangan ada kongkongan dalam sesuatu isu.. itu penting sebab kalau parti tidak boleh ditegur oleh rakyat, itu masalah besar dan menyebabkan kejatuhan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Umno/BN sebelum ini jika ada orang yang menegur akan dipecat sebagaimana yang terjadi kepada beberapa pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin (Yassin), Datuk Seri Shafie Apdal, Mukhriz (Mahathir) dan lain-lain lagi,” tegasnya.

Sehubungan itu katanya, beliau akan terus menyokong kepimpinan Hajiji walaupun belum ditawarkan sebarang jawatan namun yakin pimpinan Bersatu Pusat akan memberi beliau tanggungjawab bagi membantu parti ini.

Terdahulu, seramai 29 bekas ahli Parti Harapan Bahagian Beaufort menerima kad keahlian Bersatu daripada Hajiji di majlis berkenaan. – Iskandar Dzulkifli

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here