Tue, 28 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Jambatan bakal diganti tidak lama lagi: Abidin
Published on: Thursday, April 04, 2024
Published on: Thu, Apr 04, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Jambatan bakal diganti tidak lama lagi: Abidin
RM240,000 diluluskan untuk pembinaan semula jambatan gantung Kg Lungkidau. Kanan: Abidin.
RANAU: Penduduk di Paginatan, khususnya Kg Lungkidau, akan memiliki jambatan gantung dinaik taraf tidak lama lagi dengan peruntukan RM240,000 diluluskan Kerajaan Negeri untuk projek itu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir menggesa penduduk bersabar menunggu pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan jambatan yang rosak.

Advertisement
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor atas keprihatinan beliau terhadap nasib penduduk di sini dan meluluskan peruntukan untuk pembinaan itu.

“Sebenarnya, sebaik sahaja jambatan gantung lama rosak, saya membawa perkara itu kepada pihak atasan supaya tindakan pantas diambil bagi menyelesaikan perkara itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jambatan konkrit Kg Lungkidau sudah dalam peringkat reka bentuk dan tender akan dikeluarkan pada Mei. Pembinaan akan dijalankan sebaik pemilihan kontraktor dimuktamadkan,” katanya.

“Saya diberitahu keseluruhan proses akan mengambil masa kira-kira lapan hingga 16 minggu,” katanya, menjawab laporan Daily Express mengenai kesukaran yang dihadapi penduduk terjejas.

Advertisement
Abdin berkata baru-baru ini, pihaknya menganjurkan penyerahan sumbangan khas kepada penduduk bagi meringankan beban anak-anak yang menyeberangi sungai ke sekolah setiap hari.

Sumbangan khas itu diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Lungkidau, Minjun Sapanggal.

Advertisement
“Sumbangan itu sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan keperitan hidup penduduk sebelum jambatan itu dipulihkan,” katanya.

Terdahulu, penduduk di tujuh kampung di Paginatan merayu agar jambatan yang rosak akibat banjir pada pertengahan Januari lalu itu dibaik pulih segera.

Jambatan gantung yang sepanjang kira-kira 100 meter itu perlu dibina semula untuk kemudahan penduduk.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here