Tue, 14 May 2024

HEADLINES :


Polis tangkap dua suspek kes pecah masuk
Published on: Wednesday, June 26, 2019
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Polis tangkap dua suspek kes pecah masuk
SANDAKAN: Polis di sini menangkap dua suspek berkaitan kegiatan pecah masuk di sekitar daerah ini, Isnin. Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Azhar berkata kedua-dua lelaki itu, seorang warga tempatan dan seorang lagi warga asing berumur 30 dan 38 tahun, ditangkap di bilik sewa mereka di Kampung Buli Sim-Sim. 

Pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah melakukan tangkapan dan menemui pelbagai barangan dipercayai barang curi termasuk peralatan audio, dua tablet dan telefon bimbit di dalam bilik itu.

Siasatan lanjut mendapati suspek warga tempatan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah dan salah guna dadah.

Suspek juga didapati positif syabu dan akan direman sementara kes akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Azhar berkata, dengan penangkapan tersebut, polis percaya mereka telah menyelesaikan beberapa kes pecah rumah dan kenderaan di sekitar daerah ini.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here