Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Miliki wang secara tipu: Dua ibu tunggal didenda
Published on: Saturday, May 11, 2024
Published on: Sat, May 11, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Miliki wang secara tipu: Dua ibu tunggal didenda
Mereka didakwa secara berasingan mengikut Seksyen 22A (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Dua ibu tunggal didenda RM100 atau penjara sehari setiap seorang kerana secara tipu menyimpan wang dalam akaun bank masing-masing.

Anna Azura Noor Hassan, 39, dan Nisry Jumahing @ Nurul Anis Jumahing Abdullah, 43, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie pada Jumaat.

Advertisement
Anna mempunyai RM550 dalam akaun banknya di mana dia gagal memberikan penjelasan yang memuaskan tentang bagaimana dia memperolehnya.

Kesalahan itu berlaku jam 1.13 petang pada 15 Ogos, 2023 di sebuah farmasi di Jalan Pintas Ujana, di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Nisry mempunyai RM700 dalam akaun banknya dan tidak dapat memberi penjelasan munasabah tentang cara dia mendapat wang itu di Kepayan pada 27 Sept 2023.

Mereka didakwa secara berasingan mengikut Seksyen 22A (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Dalam kes berasingan, seorang warga Filipina berusia 28 tahun, yang mempunyai dokumen IMM13, didakwa mengedar 51.2g syabu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Abdullah Yaakub selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Advertisement
Dia didakwa memiliki dadah itu jam 3 petang, 28 April tahun ini di laluan pejalan kaki di Lorong Inanam, dekat sini.

Kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau mati, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 4 Julai depan untuk sebutan dan tiada ikat jamin diberikan kepada Abdullah kerana pertuduhan dikenakan terhadapnya tidak memperuntukkan jaminan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here