Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Wanita maut kereta dibawa arus
Published on: Sunday, August 18, 2019
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Wanita maut kereta dibawa arus
TONGOD: Seorang wanita terbunuh apabila kereta dinaikinya bersama majikannya dibawa arus di Kampung Semundoh, petang Sabtu. 

Satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan yang diketuai Ahmad Khairul Aris bergegas ke tempat kejadian, kira-kira 130km, susulan panggilan kecemasan pukul 12.02 tengah hari.

Maklumat awal daripada polis menunjukkan wanita rakyat Indonesia itu terperangkap di dalam pacuan empat roda yang dinaikinya.

Mayatnya ditemui oleh orang awam kira-kira 40 meter dari tempat kejadian.

Difahamkan mangsa, yang dikenal pasti sebagai Maria Pongli, 35, bersama majikannya Lee Yoke Cheng, 64, ketika insiden itu berlaku.

Mereka dikatakan terpaksa bertenti di atas bukit apabila Lee turun dari kereta itu untuk memeriksa laluan yang dinaiki air, meninggalkan pekerjanya di dalam kereta. Arus kuat tiba-tiba menghanyutkan kereta itu bersama-sama Maria yang terperangkap di dalamnya.

Diafahamkan, Maria dan majikannya dalam perjalanan pulang ke Telupid dari sebuah kebun di Kampung Semundoh.

Pasukan bomba menyerahkan mayat mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut dengan operasi tamat kira-kira pukul 3.24 petang.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here