Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Mayat lelaki  ditemui terapung  bawah jambatan
Published on: Thursday, August 22, 2019
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Mayat lelaki  ditemui terapung  bawah jambatan
TAWAU: Mayat seorang lelaki tempatan ditemui terapung di bawah Jambatan 5 Kg Hidayat Batu 4 Jalan Apas kira-kira 6.20 pagi pada Rabu.

Lelaki itu dipercayai terjatuh ke dalam sungai selepas diserang konvulsi.

Ketua Polis Daerah, ACP Peter Umbuas mengenal pasti mangsa sebagai Herman Ismail, 25.

Mayat yang masih lengkap berpakaian itu ditemukan seorang penduduk kampung yang kemudiannya memaklumkan polis.

Katanya, siasatan menunjukkan mangsa tinggal di Kg Hidayat Hujung, kira-kira dua kilometer dari tempat mayatnya ditemui.

“Ibu mangsa mengesahkan anaknya tidak pulang ke rumah. Dia mendapati anaknya tidak ada di rumah apabila dia pulang kira-kira 12.20 tengah malam.

“Sebelum insiden itu, mangsa dikatakan berada di rumah sendirian pada waktu malam manakala ahli keluarga lain bekerja… ibu mangsa mencarinya di sepanjang jambatan kampung itu dan kawasan berhampiran tetapi gagal.

Dia dimaklumkan tentang penemukan itu pukul 6.30 pagi,” tambah beliau.

Umbuas berkata, ibu mangsa memberitahu polis bahawa anaknya adalah pesakit konvuli dan dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika diserang penyakit itu antara jam 12.15 tengah malam dan 6.28 pagi.

Katanya, tidak ada kecederaan atau unsur-unsur mencurigakan ditemui pada mayat mangsa semasa pemeriksaan awal dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tawau turut mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan lemas.

Mayat sudahpun dituntut oleh keluarga.  





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here