Wed, 15 May 2024

HEADLINES :


Henti guna SPRM sebagai alat politik: Latheefa
Published on: Thursday, September 12, 2019
By: Sherell Jeffrey dan Stefyanie Myla Michael
Text Size:

Henti guna SPRM sebagai  alat politik: Latheefa
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan bahawa ia akan terus meneliti semua maklumat yang disalurkan kepada mereka tanpa mengira daripada siapa ia diterima.

Pada masa sama, Ketua Pengarahnya, Latheefa Koya, menggesa agar berhenti menggunakan SPRM sebagai alat politik.

“Tidak ada yang berhenti secara automatik hanya kerana seseorang telah berkuasa,” katanya ketika sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini, Rabu. 

“Jika kamu ada aduan, tidak kira kamu siapa, datang dan berikan kami maklumat, kami akan menelitinya.

“Kami hanya berhenti jika kes itu tidak melangkaui aduan awal. Perlu difahami bahawa kami ada kes yang dibuat bermotifkan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai gesaan pembangkang Ketua Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan agar SPRM bersikap adil ketika menyiasat kes-kes rasuah sekalipun ia membabitkan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan atau sekutu mereka.

Beliau berkata bahawa SPRM telah lama digunakan sebagai alat politik di mana orang membuat laporan hanya untuk mengenakan sesama mereka.

“Kami berusaha untuk menjadi profesional dan kami tidak mahu SPRM digunakan sebagai tempat untuk orang untuk membuat aduan terhadap satu sama lain.

“Jika kami akan menyiasat, ia adalah berasaskan sesuatu yang kukuh. Hanya kerana ada aduan, tidak semestinya ia bermaksud ada kes,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kadang-kadang aduan hanyalah aduan. Oleh itu, SPRM mahu mendidik orang ramai kerana terdapat banyak situasi di mana orang akan datang ke SPRM hanya untuk membuat aduan, mengadakan sidang akhbar dan memberitahu media bahawa mereka telah membuat satu aduan.

“Jika pembangkang merasakan ada persepsi bahawa kita tidak melihat kes mereka, mungkin mereka perlu melihat kembali cara mereka membuat aduan itu.

“Adakah ia mempunyai asas yang kukuh atau adakah ia hanya satu aduan atau adakah mereka hanya membuat kenyataan di khalayak ramai atau media, tetapi adakah mereka benar-benar datang kepada kami dengan maklumat?” katanya.

Sementara itu, beliau berpendapat bahawa terdapat kesan ke atas kekurangan kes rasuah terutamanya kali ini dengan kerajaan melihat rasuah sebagai antara isu utama untuk ditangani.

Beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga sering bercakap mengenai tindakan rasuah dan anti rasuah, sambil menambah bahawa SPRM telah menubuhkan beberapa jawatankuasa untuk membetulkan sistem itu.

“Bagi saya, saya rasa ada kekurangan dalam kes-kes rasuah tetapi beberapa kes yang melibatkan banyak wang dan figura profil tinggi, kes-kes yang diketengahkan setiap hari di media mencipta elemen sensasi,” katanya.

Beliau berkata apabila elemen sensasi berlaku, persepsi tentang rasuah terjadi setiap hari berlaku sedangkan ada ketikanya kes yang sama dimainkan berulang kali.

Bagaimanapun, dia merasakan bahawa di peringkat negeri, maklum balas itu pasti bertambah baik.

“Kami tidak mendengar apa-apa mengenai kes besar manipulasi wang. Kami tidak mengatakan rasuah benar-benar telah dibersihkan. Sudah tentu kami ada menerima aduan tetapi ia tidak bebas untuk semua sepertimana sebelum ini.

“Saya fikir ada tahap peningkatan dari segi itu dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai saya untuk mengekalkan profesionalisme. Jika mereka meneruskan kebebasan dan profesionalisme ini, kita boleh pergi jauh, “katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here