Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Wanita dorong PTI mohon MyKad guna sijil kelahiran anak dipenjara
Published on: Saturday, May 04, 2024
Published on: Sat, May 04, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Wanita dorong PTI mohon MyKad guna sijil kelahiran anak dipenjara
NOOR Azimah (kiri) dibawa keluar selepas prosiding.
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 49 tahun yang mendorong pendatang tanpa izin di bawah umur untuk memohon MyKad menggunakan sijil kelahiran anak lelakinya dipenjara dua tahun.

Majistret Lovely Natasha Charles menjatuhkan hukuman itu ke atas Noor Azimah Jan Badiol Zaman, yang mengaku bersalah atas pertuduhan dikenakan terhadapnya pada Jumaat.

Advertisement
Noor Azimah yang mengisytiharkan dirinya sebagai ibu kepada remaja lelaki berusia 16 tahun itu melakukan kesalahan itu apabila dia cuba mendaftarkan MyKad untuk Muhammad Qhairil Zaman yang bukan anak kandungnya.

Kesalahan itu berlaku di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan di sini jam 4.29 petang pada 16 Dis 2018.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Noor Azimah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(h) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, dan denda tidak melebihi RM20,000.

Difahamkan ini adalah kes pertama di bawah Peraturan 25(1)(h) dibawa ke mahkamah di Sabah.

Advertisement
Semasa mitigasi, Noor Azimah yang tidak diwakili meminta hukuman minimum dengan mengatakan dia mempunyai anak kecil untuk dijaga dan iaadalah kesalahan pertamanya.

Dia juga memberitahu mahkamah dia datang daripada keluarga miskin dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Advertisement
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Mohamad Faizal Tahir dari JPN menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan berikutan keseriusan kesalahan itu dan sebagai pengajaran kepada Noor Azimah.

“Walaupun pengakuan bersalah adalah satu langkah penting ke arah pemulihan, ia tidak boleh diabaikan kerana tindakan sedemikian merosakkan kepercayaan orang ramai terhadap integriti sistem perundangan.

“Walaupun Noor Azimah mengaku terhadap pertuduhan itu, mahkamah perlu menimbangkan kesan langsung tindakannya ke atas mangsa dan masyarakat keseluruhannya dalam menentukan hukuman yang setimpal,” kata Mohamad. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here