Tenom: Ketepikan ideologi politik dan perbezaan kaum serta kepercayaan dalam menyambut mana-mana perayaan di negara ini.
Timbalan Pengerusi Penjanaan Ekonomi Hawa Malaysia Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan berkata, negara Malaysia khususnya Sabah mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan agama, namun tetap hidup aman dan harmoni.
Katanya, keamanan dan keharmonian yang sedia terjalin ini jangan digugatkan oleh perbezaan ideologi politik dan kepercayaan.
Advertisement





