Kota Kinabalu: Sabah tidak boleh terus merujuk Ketua Eksekutifnya sebagai Ketua Menteri apabila Sarawak telah mengambil langkah untuk menamakan semula jawatan itu sebagai Premier bagi mencerminkan sewajarnya kedudukannya yang dikembalikan pada 2022 sebagai salah satu daripada tiga rakan kongsi sama rata ketika pembentukan Malaysia pada 1963.
Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tanjong Kapor, Ben Chong Chen Bin, berharap rang undang-undang (RUU) berhubung perkara ini akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang pada Julai.
Ben, yang juga Adun Tanjong Kapor, berkata ia juga selaras dengan RUU bagi menggantikan gelaran Pembantu Menteri kepada Timbalan Menteri serta mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri kepada dua penggal.
“Saya harap pertukaran gelaran kepada Premier akan dilakukan serentak dengan RUU di atas,” katanya kepada Daily Express.
Advertisement





