Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Bayi 20 bulan maut dipercayai didera empat remaja
Published on: Sunday, September 22, 2019
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:

Bayi 20 bulan maut dipercayai didera empat remaja
SEMPORNA: Seorang bayi lelaki berusia 20 bulan maut beberapa jam dipercayai selepas didera oleh empat remaja perempuan di Taman Hatib, dekat sini, Jumaat lepas.

Apabila pulang, ibu mangsa berumur 23 tahun, yang tiada di rumah ketika kejadian, mendapati mangsa dalam keadaan lemah, pucat dan tidak bernafas.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Sabarudin Rahmat berkata ibu mangsa kemudian membawa bayinya itu ke hospital pada pukul 12 tengah hari untuk rawatan.

“Pemeriksaan fizikal mendapati terdapat lebam pada pipi kanan dan paha bayi. 

“Keadaannya bertambah kritikal dan disahkan mati pada pukul 6.45 malam,” katanya, menambah susulan insiden itu, satu laporan dibuat pada pukul 7.34 malam.

Beliau berkata empat remaja perempuan berumur antara 16 dan 19 tahun, terdiri daripada tiga warga Filipina dan seorang warga Indonesia, ditangkap.

Siasatan lanjut mendapati ibu mangsa dan empat suspek itu tinggal di rumah sama.

“Terdahulu, ibu mangsa telah meninggalkan bayinya bersama salah seorang suspek sebelum empat remaja itu mengambil keputusan untuk memukul, menendang dan melempar bayi itu.

“Seorang suspek dipercayai menampar mangsa dan melempar mangsa ke atas tilam sebelum menariknya semula sehingga muka mangsa terkena besi katil.

“Seorang lagi suspek didakwa memijak belakang bayi itu,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke jabatan forensik untuk bedah siasat.

Sabarudin berkata kesemua suspek ditangkap pada pukul 9.30 malam untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mangsa merupakan anak sulung sebelum ibu bapanya berpisah kira-kira setahun setengah lepas, dan dijaga sepenuhnya oleh ibunya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here