Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Hantaran Facebook: Lelaki diperintah bela diri
Published on: Tuesday, October 08, 2019
Text Size:

Hantaran Facebook: Lelaki diperintah bela diri
KOTA KINABALU: Seorang lelaki bekerja sendiri berumur 28 tahun dari Perak didakwa atas tuduhan menghantar kenyataan dan gambar jelik di Facebook dengan niat menyakitkan perasaan bekas teman wanitanya, diperintah untuk membela diri.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus membuat perintah itu bagi Seevashankar Vickneswaran Tamalsilvan selepas memutuskan bahawa pendakwaan telah mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Mahkamah menetapkan 21 November tahun ini untuk pembelaan Seevashankar.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 11.53 pagi 16 Ogos 2017 di Bandar Baru Tambun, di Ipoh, Perak.

Seevashankar didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta sama, yang membawa hukman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mas Izzatty Lokman yang menggantikan DPP Rustam Sanip menjalankan pendakwaan sementara peguam Farazwin Haxdy mewakili Seevashankar.

Mahkamah melanjutkan tempoh ikat jamin Seevashankar sementara menunggu tarikh itu. – CDB 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here