Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Pastikan penduduk luar bandar tidak ketinggalan: Ronald
Published on: Wednesday, October 16, 2019
Text Size:

Pastikan penduduk luar bandar tidak ketinggalan: Ronald
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PH-Beluran) (gambar) mahu kerajaan mengkaji secara mendalam Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar bagi memastikan penduduk di kawasan luar bandar tidak ketinggalan dalam menikmati dasar kerajaan itu.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat pada Selasa, Ronald berkata pengekalan harga siling petrol bersubsidi pada RM2.08 untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel bagi Sabah dan Sarawak dilihat hanya memanfaatkan kepada penduduk yang mempunyai stesen petrol di kawasan mereka.

“Kita perlu sedar sebahagian besar kampung di kawasan pedalaman tidak ada stesen petrol dan kalau dikekalkan RM2.08 sen bagi satu liter, hanya mereka yang ada berdekatan dengan stesen petrol yang dapat menikmati dasar kementerian ini.

“Sebahagian besar penduduk di luar daerah yang tidak mempunyai stesen minyak tidak dapat menikmati dasar ini,” katanya yang mengharapkan kerajaan memperbaiki sasaran pemberian subsidi petrol tersebut. 

RUU Perbekalan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Jumaat lepas bertujuan memperuntukkan sejumlah RM297 bilion meliputi RM241 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus manakala baki RM56 bilion untuk Perbelanjaan Pembangunan.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung hari ini. – Bernama





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here