Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ibu bapa disaran pastikan sarapan anak berkhasiat
Published on: Saturday, April 20, 2024
Published on: Sat, Apr 20, 2024
By: Mabulmaddin Shaiddin
Text Size:
Text:
Ibu bapa disaran pastikan sarapan anak berkhasiat
FAIRUZ menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.
KOTA BELUD: Ibu bapa perlu memastikan anak mereka bersarapan dengan makanan berkhasiat sebelum anak-anak tersebut bertolak ke sekolah, agar mereka mampu memahami mata pelajaran yang diajar oleh guru dengan mudah.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan berkata, negara amat memerlukan pemimpin pelapis pada masa hadapan dari kalangan anak muda yang pintar, sihat dan cerdas.

Advertisement
Menurutnya, semangat bersukan adalah salah satu elemen yang perlu dipupuk dalam jiwa individu seawal usia kanak-kanak, kerana ia mampu menjadikan minda seseorang itu bertambah cerdas di samping memiliki tubuh yang sihat.

“Kami (Kementerian Belia dan Sukan) sentiasa membantu usaha sekolah untuk menjayakan sebarang aktiviti sukan yang dianjurkan pada bila-bila masa saja. Sementelahan lagi sukan mampu memupuk hubungan baik dalam masyarakat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dalam hal ini, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Jika tidak pun untuk menyertai sebarang acara sukan, anak-anak dapat beriadah sendiri bagi mengekalkan kesihatan mereka adalah sudah cukup baik,” ujarnya. Fairuz berkata demikian sewaktu merasmikan program Merentas Desa Peringkat SK Tamau 2024 yang menyaksikan tiga kategori dipertandingkan iaitu Kategori Tahap 1 dan 2, Kategori Belia dan Kategori terbuka di Dewan Terbuka SK Tamau, pada Rabu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Guru Besar SK Tamau, Rasmi Datu Tumai; Wakil PPD, Mohd Tuah Abd Latif; Pengerusi PIBG SK Tamau, Japlin Asrakal dan Pengerusi KRT Kg Tamau, Razak Rakunman.

Advertisement
Tambahnya lagi, dunia sedang berdepan dengan cabaran dari pelbagai sudut, dan kehadiran individu berkualiti serta berketrampilan adalah amat dinanti-nantikan oleh negara ini.

“Justeru saya amat berharap agar kita semua mampu memberi sumbang saran bagaimana untuk membentuk murid-murid cemerlang dalam bidang akademik di sekolah ini khususnya.

Advertisement
“Bagaimanapun jangan lupakan satu fakta penting, bahawa kecerdasan berkait rapat dengan sukan. Maksud saya, kepentingan bersukan tidak boleh dipandang remeh,” tegasnya.

Dalam majlis tersebut, Fairuz turut menyampaikan hadiah kepada peserta dalam kategori Belia dan Dewasa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here