Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Masalah klinik luar bandar ditangani segera: Poon
Published on: Sunday, November 10, 2019
By: Mail Mathew
Text Size:

Masalah klinik luar bandar ditangani segera: Poon
KENINGAU: Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah akan tidak lama lagi menangani pelbagai masalah yang dihadapi klinik kesihatan luar bandar, termasuk keuzuran bangunan, serta kekurangan doktor dan kakitangan.

Menterinya Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, bagaimanapun, pihaknya akan memerlukan sedikit masa memandangkan kementerian itu masih baharu. 

Kementerian itu diwujudkan semula tahun lepas.

Adun Tanjung Papat itu berkata, kementerian akan mengadakan mesyuarat bersama dengan Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah dalam masa terdekat mengenai rancangan lawatan ke setiap klinik kesihatan di kawasan Pensiangan, yang dijangka pada Mac tahun depan.

“Dalam lawatan itu kelak, kami akan mendapat maklumat tepat berhubung keuzuran beberapa  klinik kesihatan di kawasan Parlimen Pensiangan termasuk di Sook, Tulid, Mansiat, Sapulut, Pegalungan dan Pekan Pensiangan.

“Kami akan pantau dan kalau boleh kami akan membuat cadangan agar kementerian menaik taraf mana-mana bangunan kayu kepada bangunan konkrit.

“Mengikut laporan DAP Pensiangan ada antara bangunan klinik sudah usang dan memerlukan pembaikan,” katanya kepada rombongan DAP Pensiangan yang diketuai Ketua Wanitanya, Clare Taunek, yang membuat kunjungan mesra terhadap beliau di pejabatnya pada Jumaat lepas.

Taunek telah meminta Poon melawat sendiri kawasan Parlimen Pensiangan dan melihat sendiri masalah-masalahnya, termasuk keadaan bangunan klinik serta kekurangan doktor dan kakitangan, yang menjejaskan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat setiap hari.

Beliau juga membangkitkan keperluan untuk melengkapi Klinik Kesihatan Nabawan agar ia dapat merawat pesakit dengan masalah kritikal tanpa perlu merujukkan mereka ke Hospital Keningau.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here