Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Mayat lelaki ditemui tergantung pada kipas siling
Published on: Monday, November 11, 2019
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:

Mayat lelaki ditemui  tergantung pada kipas siling
KOTA KINABALU:  Seorang lelaki tempatan ditemui tergantung pada sebuah kipas siling di apartmen miliknya di Taman Sepanggar, di sini pada Sabtu lepas.

Lelaki berusia 24 tahun itu ditemui ahli keluarganya pada 6.02 petang dan segera menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah, ACP Habibi Majinji berkata salah seorang ahli keluarga yang menemui mangsa di bilik itu memutuskan untuk memotong tali di leher mangsa dan membaringkannya di katil.

“Mangsa mengantung dirinya dengan seutas tali yang diikat ke kipas siling, seorang pegawai perubatan yang berada di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya semasa dihubungi, Ahad.

Habibi berkata siasatan awal menunjukkan tidak terdapat kecederaan fizikal ditemui.

“Mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) 1 untuk bedah siasat,” katanya. 

Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here