Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Bimbang dirompak, pemandu e-hailing wanita pasang sangkar keselamatan
Published on: Wednesday, November 20, 2019
Text Size:

Bimbang dirompak, pemandu e-hailing wanita pasang sangkar keselamatan
JAKARTA: Bimbang dengan begal (perompak jalanan), seorang pemandu e-hailing wanita di Palembang, Sumatra Selatan, meningkatkan langkah keselamatan untuk memastikan keselamatannya.

Oleh kerana kejadian rompakan semakin berleluasa di kawasan itu, Valery, 42, memutuskan untuk memasang sangkar di sekeliling kerusi pemandu, mewujudkan sempadan di antara kerusinya dan kerusi penumpang.

“Pemandu e-hailing kerap menjadi mangsa aktiviti jenayah, sebab itulah saya memutuskan untuk memasang sangkar ini,” kata Valery seperti dipetik kompas.com.

Dia membelanjakan Rp700,000 (kira-kira RM200) untuk memasang sangkar itu, yang boleh dibuka. 

“Apa yang penting ialah saya selamat,” katanya. 

Seorang pemandu teksi di Palembang ditikam Isnin lepas selepas cuba melawan penumpang yang membawa pisau yang cuba mencuri keretanya. Polis sudah menangkap seorang suspek, sementara seorang lagi masih diburu polis.

Sebelum ini terma begal motor digunakan untuk merujuk kepada perompak yang menunggang motosikal. Bagaimanapun jenayah terhadap pemandu teksi semakin meningkat, terma itu turut digunakan untuk seseorang yang cuba mencuri kereta.

Valery yang biasanya mula bekerja pada jam 3 pagi, berkata ramai penumpang menyokong tindakannya. 

“Ramai kawan saya (rakan pemandu) mungkin akan memasang sangkar,” katanya. – The Jakarta Post





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here