Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Sukan Sabah: Steven Lee rangkul empat emas acara berbasikal jalan raya
Published on: Wednesday, December 11, 2019
By: GL Oh
Text Size:

Sukan Sabah: Steven Lee rangkul empat emas acara berbasikal jalan raya
KENINGAU: Atlet berumur 18 tahun Steven Lee Vui Lin memenangi empat emas ketika Tawau mendominasi acara berbasikal jalan raya pada Sukan Sabah (Saga) IX di SK Pasir Puteh di sini.

Mereka memenangi empat pingat emas dan dua perak dengan Lee memenangi tiga emas individu menerusi ujian masa individu, kriterium dan ujian masa 1km serta ujian masa berpasukan bersama Nathan Hii Li Tian, 18, Voo Sheng Jie, 18, Gan Jun Xu, 16, Pang Hao Zhe, 15, dan Liong Chun Hiung, 16.

Dia turut memenangi satu perak menerusi acara pecut 200m lelaki sementara perak lain disampaikan oleh Gan Jun Xu dalam acara kriterium.

Kejayaan mereka menerima pujian daripada jurulatih Patrick Lee yang memuji skuad kerana mengukuhkan reputasi Tawau sebagai kuasa besar berbasikal jalan raya di negeri ini.

“Saya sangat bangga dengan pasukan kerana mencapai sasaran empat emas yang saya tetapkan untuk mereka.

“Selain itu, pelumba kami juga mempamerkan prestasi baik seperti Gan menamatkan saingan ditempat kelapan dan Liong di tempat kesembilan dalam acara pecut 200m lelaki, sementara Nathan tempat keempat dalam kiriterium.

“Ia adalah persembahan yang menggalakkan daripada atlet-atlet kami. Bagi Christny Erryna, 13, yang merupakan satu-satunya pelumba wanita dalam pasukan, ia lebih kepada meraih pengalaman dan pendedahan,” katanya.

Beliau menambah bahawa tiada ada sasaran ditetapkan untuk pelumba Mountain Bike, Syazani Izaan Amir, 20, dan Mohd Zahid Hamidi, 18, di mana pertandingan bermula pada Isnin di Taman Badukan dengan lima emas sedia untuk direbut.

“Tiada sasaran ditetapkan untuk mereka kerana mereka akan bersaing dengan pelumba lebih berpengalaman, dan jika mereka menduduki 10 terbaik, itulah harapan terbaik saya,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here