Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Wen Li, Xin Ying gembira bantu negara raih emas
Published on: Thursday, December 12, 2019
By: GL Oh
Text Size:

Wen Li, Xin Ying gembira  bantu negara raih emas
KOTA KINABALU: Dua pemain skuasy Sabah, Lai Wen Li dan Yee Xin Ying sangat gembira selepas membantu pasukan skuasy wanita negara memenangi emas Sukan SEA pada Isnin lepas.

Pasukan itu berjaya mempertahankan gelaran mereka dengan memenangi semua tiga perlawanan menentang Singapura di final yang diadakan di Manila Polo Club.

Wen Li, 19, yang bermain dalam acara perseorangan kedua meletakkan pasukan di kedudukan selesa dengan kemenangan empat set 10-12, 11-6, 11-3, 11-4 ke atas Sherilyn Yan Huixian selepas kemenangan 11-5, 11-6, 11-3 Rachel Arnold ke atas Sneha Sivajumar pada aksi perseorangan pembukaan, dengan Ooi Kah Yan menyampaikan mata ketiga dengan menewaskan Yukino Tan Shuen Er 11-5, 11-7, 11-8 pada aksi perseorangan ketiga.

Ketika dihubungi pada Selasa, Wen Li berkata dia sangat gembira memenangi emas Sukan SEA keduanya, selepas memenangi emas pertama dua tahun lalu di Kuala Lumpur.

“Saya berasa sangat bagus untuk memenangi pingat emas sekali lagi. Kemenangan itu bukan hanya untuk saya, tetapi rakan sepasukan saya dan juga untuk Malaysia. Walaupun kami adalah pasukan pilihan, tetapi kami tidak memandang rendah mana-mana pasukan lain kerana Filipina dan Singapura sama bagus.

“Ia perasaan yang berbeza buat saya dengan kemenangan ini berbanding dua tahun lalu, kerana di Malaysia kami mempunyai penyokong di belakang kami, yang merupakan satu kelebihan berbanding bermain di sini di Manila,” katanya. 

Pemain lebih junior Xin Ying, 16, yang dipanggil pada saat-saat akhir untuk menggantikan Chan Yiwen susulan kematian bapanya, dan ditampilkan di pusingan awal bersyukur berada dalam pasukan dan memenangi emas Sukan SEA pertamanya.

“Ia benar-benar hebat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan dan memenangi pingat emas pertama saya. Ia tidak dijangka untuk saya berada dalam pasukan kerana saya dipanggil untuk menggantikan seorang daripada senior saya, Yiwen yang terpaksa pulang susulan bapanya meninggal dunia, dan doa dan ingatan kami bersamanya dan keluarganya,” kata pemain berpangkalan di Sekolah Sukan Bukit Jalil itu.

Sementara itu, Datuk Charles O Pang, Presiden Persatuan Skuasy Sabah (SSA) berkata beliau sangat bangga dengan pencapaian dua pemain itu.

“Kami sangat gembira dan bangga dengan Lai Wen Li dan Yee Xin Ying dengan sumbangan mereka terhadap pasukan dalam memenangi pingat emas.

“Ini sesungguhnya satu rekod pencapaian untuk skuad Sabah dan kejayaan mereka akan menjadi galakan kepada pemain junior kita untuk mengikuti jejak langkah mereka. 

“Kami di SSA akan bekerja rapat dengan SRAM (Badan Skuasy Kebangsaan), Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Sabah untuk memastikan pencapaian seperti itu akan diteruskan pada masa hadapan,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here