Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Penolong pengurus didakwa salah guna sisa konsentrat emas
Published on: Wednesday, April 03, 2024
Published on: Wed, Apr 03, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Penolong pengurus didakwa salah guna sisa konsentrat emas
BRANDO (depan, memakai topi) meninggalkan bilik mahkamah bersama peguamnya.
TAWAU: Penolong Pengurus Besar sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, Selasa, atas empat pertuduhan menyalahgunakan harta syarikat iaitu sisa konsentrat emas antara 2020 hingga Disember 2022.

Brando Pang Tze Chiang, 49, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan secara berasingan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin dan Majistret Don Stiwin Malanjum.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Brando didakwa secara curang menggunakan sisa emas konsentrat emas kepunyaan Wullersdoff Resources Sdn Bhd (WRSB) di Lombong Bukit Mantri, Balung pada awal 2020.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh melakukan kesalahan sama di lokasi sama pada Oktober 2021.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, untuk pertuduhan ketiga dan keempat dia turut didakwa melakukan kesalahan sama di lokasi sama pada Mei 2022 dan Disember 2022.

Majistret Dayang Aidaku menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,500 bagi setiap pertuduhan pertama dan kedua serta dua orang penjamin tempatan.

Advertisement
Majistret Don menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan ketiga dan keempat.

Jumlah keseluruhan ikat jamin ialah RM15,000 bagi keempat-empat pertuduhan.

Advertisement
Mahkamah kemudian menetapkan 14 Mei, 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dia didakwa melakukan perbuatan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun, sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Syahnidzam Ahmad menawarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh meminta jaminan dikurangkan kerana keadaan ekonomi Brando tidak baik dan mempunyai anak autisme serta berdepan risiko kehilangan pekerjaan di syarikat itu.

Brando diwakili oleh Peguam Chin Teck Ming dan Vivien Thien.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here