Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Sukan Sabah: Keningau rangkul emas bola sepak lelaki
Published on: Saturday, December 14, 2019
By: Yayasan Dalimpos
Text Size:

Sukan Sabah: Keningau rangkul emas bola sepak lelaki
KENINGAU: Keningau muncul juara dalam acara bola sepak Sukan Sabah (Saga) IX Keningau 2019 apabila menewaskan Sandakan 2-0 di Stadium Sukan Keningau malam Khamis lepas.

Gol kemenangan dihasilkan menerusi jaringan Fredley Derexlyn Jamly pada minit ke-45 dan Alexian Jalius pada minit ke-72.

Kemenangan itu menyumbang satu lagi pingat emas buat kontinjen Keningau.

Ketua jurulatih Keningau, Jueli Apin berkata, kemenangan pasukan itu adalah hasil kombinasi baik antara pemain serta sokongan penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut.

Meskipun kesemua pemain Keningau tidak mempunyai wakil pelapis Negeri namun berjaya menewaskan Sandakan yang kebanyakannya pemain pelapis Negeri.

“Saya harap pemain-pemain Keningau akann terpilih mewakili negeri dalam Sukan Malaysia (Sukma) selain menjadi pemain negeri (dalam liga),” katanya.

Kira-kira 15,000 menyaksikan perlawanan sengit antara Keningau dan Sandakan itu.

Tempat ketiga disandang pasukan Kota Kinabalu dan keempat Tawau.

Antara pemain Saga Keningau adalah Alexian Jalius, Hilarion Andrew, Fernando De Eric Jamly, Jerdin Sudin, Helvian Andrew,  Fredly Derexlyn Jamly, Randley Dee Matheus, Laduin Epin, Even Olsen Sydney Damus, Frederice Francis, Daniel Gabriel Francis, Gibe Owen Stephen, Don Wisley Yudin @Udin, Armin Niko Yudin @Udin, Dannelson Gulani, Mohd Azlizan Bin Mohd Azlan, Hendryfian Analam dan Joslan Aping.

Majlis penyampaian hadiah pingat disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Phoong Jin Zhe. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here