Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Bekas penolong jurutera didakwa salah guna kuasa
Published on: Thursday, January 16, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Bekas penolong jurutera didakwa salah guna kuasa
KOTA KINABALU: Seorang bekas penolong jurutera awam berumur 37 tahun didakwa atas dua pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya bagi memilih syarikat adiknya untuk projek menyelenggara jalan raya bernilai RM249,990.

Herwan Malik mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat terhadap pertuduhan yang dibuat ke atasnya pada Rabu.

Atas pertuduhan pertama, Herwan sebagai ahli jawatankuasa ketika membuat keputusan ke atas sebut harga pejabat daerah Kota Marudu, dkdakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk memilih Pemborong Sri Tassha yang dimiliki adiknya Rozanah Malik, 32, untuk menjalankan projek menyelenggara jalan raya di sepanjang  Jalan Pertanian di Kg Sungai Laut, Kota Marudu bernilai RM100,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara pukul 8 pagi dan 5 petang pada 28 Februari 2013 di pejabat daerah Kota Marudu.

Atas pertuduhan kedua, dia didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk memberikan projek menyelenggara jalan raya di Kg Pendawar, Kota Marudu bernilai RM149,990 kepada syarikat sama pukul 3 petang pada 30 April, 2014.

Kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan denda tidak kurang dari lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Mahkamah menetapkan 25 Februari untuk pengurusan kes dan membebaskan Herwan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 deposit RM6,000 dan isterinya sebagai penjamin.

Herwan juga diperintah menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM dua bulan sekali.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Mohd Faliq Basiruddin dari SPRM memohon ikat jamin sebanyak RM10,000 serta dua orang penjamin tempatan dengan beberapa syarat.

Namun, peguam Shahlan Jufri yang mewakili Herwan merayu ikat jamin lebih rendah dengan mengatakan jumlah berkenaan terlelau berlebihan memandangkan Herwan yang ketika ini menganggur tidak mempunyai pendapatan tetap dan selepas dia meletakkan jawatan daripada pekerjaannya.

Shahlan menambah, anak guamnya mempunyai empat orang anak berumur antara lima hingga 12 tahun dan isterinya ketika ini bekerja di Hospital Kudat.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here