Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


56 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Published on: Sunday, January 19, 2020
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:

56 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
KOTA KINABALU: Sejumlah 56 orang, berumur antara 13 hingga 46 tahun, termasuk enam warga asing, ditahan atas pelbagai kesalahan dadah sepanjang seminggu “Ops Ice breaker”, di sini, sejak 11 Januari lepas.

Dalam usaha Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Kota Kinabalu untuk mengurangkan jenayah berkaitan dadah, beberapa lokasi diperiksa termasuk Kg Cenderamata, Kg Labou dan Kg Sembulan.

Daripada jumlah itu, 18 ditahan semasa keseluruhan operasi itu yang menyaksikan lima individu ditahan kerana memiliki dadah dan 13 lagi diuji positif dadah.

Polis turut merampas 109.54 gram syabu bernilai RM16,431.

Operasi itu bertujuan bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan ke atas anggota sindiket pengedar dadah di sekitar ibu negeri.

Usaha untuk membasmi pengedaran dadah dan penyalahgunaan bahan kimian itu di bandaraya akan ditingkatkan dari masa ke masa untuk menjaga ketenteraman dan kesejahteraan awam, menurut Ketua Polis Bandaraya ACP Habibi Majinji dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Untuk meningkatkan usaha itu, orang awam turut digesa menyalurkan maklumat kepada Hotline polis bandaraya di 088-529220 atau menerusi Facebook di Polis Daerah Kota Kinabalu. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here