Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


10 kanak-kanak antara 24 rakyat Filipina ditahan cuba masuk Tawau
Published on: Sunday, January 19, 2020
By: Christy Chok
Text Size:

10 kanak-kanak antara 24 rakyat Filipina ditahan cuba masuk Tawau
TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Tawau menahan 24 penumpang Filipina termasuk 10 kanak-kanak yang cuba memasuki Malaysia secara haram di perairan Sungai Membelau di sini, pukul 2.30 pagi Sabtu.

Pengarah Zon APMM Kepten Siva Kumar A/L Vengadasalam, berkata bot rondaannya menahan sebuah bot pam yang dilihat dalam keadaan meragukan semasa satu pemeriksaan rutin. Juragan berjaya melepaskan daripada pegawai dengan terjun ke sungai.

“Kami menemui 24 penumpang yang terdiri daripada 11 lelaki, tiga wanita dan enam kanak-kanak lelaki serta empat kanak-kanak perempuan di atas bot pam itu, yang berumur antara dua hingga 57 tahun.

“Kesemua mereka gagal menunjukkan dokumen peribadi sah,” katanya.

Selepas pemeriksaan lanjut, mereka menemukan 35 tangki petrol dan empat tong LPG dari bot pam itu tanpa dokumen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Siva berkata suspek dan barang rampasan (bernilai RM16,009.20) dibawa ke Jeti Pos Inderasabah untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Orang awam digesa memberikan maklumat atau aduan di 089-752115 atau MERS 999.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here