TAWAU: Sekurang-kurangnya 30 penerbangan dari jam 7 pagi hingga 3 petang di Lapangan Terbang Tawau (LTT) dibatalkan pada Khamis susulan letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara, Indonesia, yang mengakibatkan ruang udara terjejas.
Pengurus LTT Rehan Shafiq Azizan, yang dihubungi Daily Express berkata, hanya satu penerbangan berjaya dilakukan pada waktu tengah hari dari Tawau dengan destinasi ke Sandakan.
Menurutnya, kesemua jadual penerbangan yang terjejas melibatkan empat syarikat iaitu AirAsia, Malaysia Airlines (MH), Fire Fly dan Batik Air.
“Jadual ini membabitkan 15 pelepasan dan 15 ketibaan, namun terpaksa dibatalkan berikutan situasi terkini,” katanya.
Advertisement





