Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki Indo  mengaku  bersalah  miliki dua  gading  gajah pigmi
Published on: Wednesday, January 22, 2020
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Lelaki Indo  mengaku  bersalah  miliki dua  gading  gajah pigmi
SANDAKAN: Seorang lelaki warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Selasa, kerana memiliki dua gading gajah Pigmi Borneo tanpa permit pada Oktober lepas.

Bagaimanapun, Hakim Indra Ayub menetapkan 25 Februari untuk sebutan semula kes sementara menunggu pelantikan seorang jurubahasa Bugis bagi tertuduh.

Keputusan untuk menyebut semula kes itu dibuat selepas tertuduh mengaku mempunyai pemahaman tahap rendah dalam Bahasa Malaysia.

Mengikut fakta kes, tertuduh, Supriadi Juman, 49, ditahan sekitar jam 1 tengah hari pada 23 Oktober 2019 dengan dua gading gajah Pigmi Borneo tanpa permit di sebuah estet di Beluran.

Pekerja estet itu melakukan jenayah di bawah Seksyen 41(1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 41(4) Enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000. Dia juga boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Mark Kenneth Netto menjalankan pendakwaan sementara tertuduh tidak diwakili.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here