Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Sabah sasar 40 emas pada Sukma 2020
Published on: Wednesday, January 22, 2020
By: Raisha Dania
Text Size:

Sabah sasar 40 emas  pada Sukma 2020
KOTA KINABALU:  Kementerian Belia dan Sukan Sabah meletakkan sasaran meraih 40 pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-20 yang bakal berlangsung pada 11 hingga 19 Julai di Johor, tahun ini.

Menterinya Phoong Jin Zhe berkata kontinjen Sabah ingin mencapai sasaran itu dengan menyertai 28 acara sukan pada temasya berkenaan. 

“Pada tahun ini kontinjen Sabah menyasarkan untuk meraih 40 pingat emas dengan menyertai 28 acara sukan daripada 31 jenis sukan yang dipertandingkan seperti akuatik, badminton, berbasikal, bola sepak kategori lelaki, gimnastik, hoki kategori lelaki dan wanita, boling padang, olahraga, dan memanah.

“Selain itu, kontinjen Sabah turut menyertai acara skuasy, boling sepuluh pin, angkat berat, bola jaring, bola keranjang kategori lelaki dan wanita, bola tampar, golf, petanque, ragbi kategori wanita, sepak takraw kategori lelaki dan wanita serta tenis.

“Tidak ketinggalan juga acara seperti pelayaran, pencak silat, wushu, judo, muay thai, tinju, karate dan e-sukan turut disertai oleh kontinjen Sabah,” katanya dalam sidang media bertempat di bilik mesyuarat utama pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah, di sini, pada Selasa.

Phoong turut memberitahu seramai 791 atlet yang berpotensi besar telah didaftarkan nama mereka bagi menyertai kontinjen Sabah ke temasya itu.

“Setakat hari ini, Sekretariat Sabah telah mendaftarkan 791 orang atlet terdiri dari 405 atlet lelaki dan 299 atlet wanita selain 87 pegawai yang akan turut serta. Kontinjen pula akan diketuai Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Mohd Yusrie Abdullah.

“Bagaimanapun, senarai ini hanya akan dimuktamadkan pada penghujung bulan Mei ini bagi menentukan jumlah kekuatan kontinjen Sabah,” katanya.

Beliau turut memberitahu pemilihan penyertaan sukan kali ini adalah berdasarkan merit pencapaian sukan sepanjang dua tahun lepas.

“Pemilihan penyertaan sukan pada kali ini adalah berdasarkan merit pencapaian sukan sepanjang tahun 2018 dan 2019. Bagi sukan yang tidak mencapai merit pemilihan ke Sukma masih boleh turut serta dengan perbelanjaan persatuan masing-masing. 

“Sekiranya memenangi pingat, pihak saya akan membuat pembayaran semula perbelanjaan terbabit kepada geran tahunan persatuan sukan negeri masing-masing.

“Bagi acara sukan dengan pembiayaan sendiri yang memenangi pingat perak atau gangsa, pembayaran semula sebanyak 50 peratus akan diberi kepada persatuan manakala bagi pingat emas, pembayaran semula 100 peratus akan diberikan,” katanya.

Phoong turut menyampaikan replika cek sebanyak RM3,000 kepada pemenang pertandingan Reka Corak Kemeja T Kontinjen Sukma Sabah, Nur Aini Raimi.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here