Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Dadah: Dua lelaki dijatuhi hukuman berasaskan AI
Published on: Thursday, February 20, 2020
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Dadah: Dua lelaki dijatuhi  hukuman berasaskan AI
KOTA KINABALU: Dua lelaki, yang mengaku bersalah memiliki dadah mendapat ‘keistimewaan’ dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu berasaskan analisis kecerdasan buatan (AI) yang pertama kali digunakan dalam menjatuhkan hukuman.

Menggunakan teknologi AI, dua lelaki itu, Christopher Divingson Mainol, 26, dan Denis P. Modili, 47, turut dimaklumkan oleh Majistret Jessica Ombou Kakayun mengenai cadangan hukuman yang dijana oleh AI.

Christopher mengaku memiliki 0.16gm syabu pukul 2 petang pada 22 Oktober, 2019 di Kg Cenderamata 2 di Likas manakala Denis mengaku memiliki 0.01gm syabu pukul 4 petang pada 16 Disember, 2019 di Kg Kobusak.

Mereka mengekalkan pengakuan bersalah mereka selepas dimaklumkan oleh mahkamah mengenai hukuman yang dicadangkan oleh AI.

Christopher dipenjara sembilan bulan manakala Denis dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.

Ketika menjatuhkan hukuman, Jessica berkata mahkamah menimbangkan, antara lain, keseriusan kesalahan itu kerana ia menjadi satu masalah sosial di negeri ini, rekomendasi daripada AI, faktor-faktor mitigasi yang dikemukakan oleh peguam mereka dan pendakwaan.

Terdahulu, Jessica berkata berdasarkan analisis AI, hukuman yang dicadangkan untuk Christopher adalah sembilan bulan manakala Denis adalah 10 bulan.

Beliau, terdahulu, menggunapakai data garis panduan hukuman dengan memasukkan maklumat Christopher dan Denis, masing-masing, ke dalam sistem seperti berat dadah, umur, kerakyatan, profesion, dan sama ada ia adalah kesalahan pertama mereka atau tidak.

Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam Hamid Ismail, memohon agar Christopher diberikan bon berkelakuan baik dan Denis dijatuhi hukuman minimum kerana jumlah dadah terlalu rendah.

Pendakwaan memohon hukuman pencegahan ke atas kedua-dua kes kerana kes itu berleluasa dan Denis ketika ini menjalani hukuman penjara lapan bulan kerana gagal membayar denda RM2,000 atas pertuduhan mengambil syabu.

Mahkamah memerintahkan Denis menjalani hukuman secara serentak dari tarikh dia ditahan.

Terdahulu, dua warga asing meminta dibicarakan terhadap pertuduhan sama.

Kassim Ibrahim dituduh memiliki 3.71gm syabu pada 27 Oktober, 2019 di Kg Lokub di Manggatal manakala seorang lagi lelaki, Wahid Ghazali didakwa memiliki 2.90gm syabu di Kg Sembulan Lama pada 14 November, 2019.

Mahkamah menetapkan 5 Mac untuk pengurusan pra-perbicaraan kes untuk kedua-dua kes dan memerintahkan Kassim dan Wahid direman lanjut kerana mereka bukan wargengara dan tidak mempunyai dokumen.

Hadir di mahkamah menyaksikan pelaksanaan AI itu adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri David Wong Dak dan Ketua Hakim Malaysia Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat serta pegawai-pegawai kehakiman lain, timbalan pendakwa raya dan peguam.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here