Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Warisan sokong kepimpinan Dr Mahathir sebagai PM
Published on: Tuesday, February 25, 2020
By: Larry Ralon
Text Size:

Warisan sokong kepimpinan Dr Mahathir sebagai PM
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) bersama parti politik lain termasuk DAP dan Amanah dari Pakatan Harapan (PH) dalam menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, pemimpin-pemimpin di negeri ini akan sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat Sabah semasa keadaan politik sekarang di negara ini.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, Isnin, susulan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Shafie juga berkata kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan kerajaan persekutuan sekarang.

“Apa sekali pun, kami konsisten dalam pendirian kami; kami perlu bekerja rapat dengan kerajaan persekutuan, walau siapa pun menjadi kerajaan persekutuan.

“Sabah mahu bekerjasama dengan kerajaan persekutuan, kami tidak boleh beroperasi secara terasing sebagai sebahagian daripada negara ini,” katanya. 

Pada sidang media yang diadakan selepas beliau merasmikan Persidangan Pegawai-pegawai Daerah peringkat negeri ke-24 di Pacific Sutera di sini lebih awal, Shafie berkata partinya bekerjasama baik dengan pentadbiran Dr Mahathir walaupun bukan rakan rasmi Pakatan Harapan (PH).

Apabila ditanya sama ada pendirian kerajaan negeri akan berubah sebaik ia disahkan, beliau berkata ia akan dinilai semula bila tiba masanya tetapi menambah bahawa kerajaan negeri akan terus berfungsi.

“Kami mentadbir Sabah dengan baik, kami ada bilangannya, kami masih dapat mentadbir Sabah, tiada apa-apa berlaku. Hanya hubungan kami dengan kerajaan persekutuan. Kami perlu fokus dan mentabdir negeri ini.

“Tentu saja, negara juga penting, kami perlu memberi perhatian kepada apa yang berlaku di situ tetapi seperti saya katakan, kami perlu bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk rakyat – untuk peluang pekerjaan dan pembangunan,” katanya.

Warisan mempunyai sembilan Ahli Parlimen (MP), diikuti oleh Bersatu (lima), PKR dan DAP masing-masing dengan tiga, Umno dengan dua, sementara Upko, StarSabah, PBS dan PBRS masing-masing mempunyai seorang MP.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here