Kota Kinabalu: Parti Warisan akan meneruskan rancangannya untuk mewujudkan “Pusat Perindustrian dan Perdagangan Selatan Sabah” di Sipitang biarpun dengan pengumuman landasan kereta api laju Trans-Borneo.
Jawatankuasa Dasar Ekonomi Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri (JPRN) Warisan, Sarifuddin Hata berkata JPRN telah menjalankan kajian sendiri tentang potensi ekonomi daerah itu selama hampir setahun pada 2023.
“Setelah selesai kajian, Bahagian Sipitang parti telah meluluskan resolusi penubuhan pusat perdagangan perindustrian dan dibentangkan oleh ketua bahagian, Aziz Taip semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kita pada Disember tahun lalu.
Advertisement





