Sun, 12 May 2024

HEADLINES :


2,000 pek bantuan makanan dihantar ke Pulau Gaya
Published on: Sunday, March 29, 2020
Text Size:

Kota Kinabalu: Kira-kira 2,000 pek bantuan makanan dihantar ke Pulau Gaya hari ini bagi meringankan beban penduduk pulau berkenaan yang terkesan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Junz Wong.

Beliau, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Aru, berkata dengan penghantaran itu jumlah pek makanan yang telah diagihkan di kawasan Dewan Undangan Negeri Tanjung Aru setakat ini ialah 3,800 pek.

“Sebanyak 1,500 pek makanan telah dihantar kepada penduduk Tanjung Aru pada hari Selasa dan Rabu. Pada hari Khamis, 300 keluarga di Sembulan Lama menerima bantuan mereka. Hari ini, 2,000 pek diihantar ke Pulau Gaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

“Saya ingin pastikan setiap keluarga menerima bantuan. Kawalan pergerakan ini memberi kesan kepada semua. Jadi saya harap saya mampu membantu di mana yang boleh,” katanya.

Beliau turut menyatakan penghargaannya kepada Pasaraya Chua Kah Seng, Bayu Aquaculture, Gayana Eco Resort dan Bunga Raya Island Resort and Spa kerana turut menyumbang dalam menjayakan operasi bantuan berkenaan.

Sementara itu, Junz menasihati orang ramai agar terus bersabar dan bekerjasama untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan serta tidak panik kerana bekalan makanan untuk keperluan penduduk Sabah mencukupi.

Junz menasihati orang ramai terus bersabar dan bekerjasama. Beliau meminta keluarga Tanjung Aru yang belum menerima bantuan untuk menghubungi wakil-wakil yang dilantik.

“Jangan panik. Bekalan makanan adalah mencukupi. Pek-pek makanan in dihantar pintu ke pintu. Jika anda belum menerimanya, sila hubungi wakil yang telah dilantik.

Wakil-wakil tersebut ialah Pulau Gaya: 012-8663380 (Bentilan), Kampung Kesuapan: 014-2816318 (Amir Hassim) Kampung Lokurai: 018-8748817 (Eddy Kinsuih) Kampung Pulau Gaya Lobong: 0111-4131573 (Razak Yusom) Pulau Sepanggar: 013-8696159 (Azirudeen).





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here