Tue, 14 May 2024

HEADLINES :


Saringan kesihatan sebelum naik, turun feri Labuan-M’bok
Published on: Monday, March 30, 2020
By: Sidney Skinner
Text Size:

Saringan kesihatan sebelum  naik, turun feri Labuan-M’bok
Gambar Bernama
Kota Kinabalu: Mereka yang menggunakan perkhidmatan feri antara Labuan dan Menumbok perlu menjalani saringan kesihatan sebelum menaiki dan turun dari kapal di kedua-dua destinasi itu.

Jurucakap Jabatan Kesihatan berkata pegawai agensi itu bersiap sedia untuk memeriksa penumpang.

“Sesiapa yang didapati demam atau mempunyai mana-mana gejala Covid-19 akan diarahkan untuk menjalani kuarantin sendiri selama dua minggu,” katanya, dan menambah, kakitangan agensi itu akan memantau perkembangan pesakit-pesakit ini.

“Feri masih berulang-alik antara pulau itu dan tanah besar tetapi perjalanan dihadkan kepada tiga kali sehari.”

Jurucakap Jabatan Laut menjelaskan hanya feri roro, atau kenderaan, feri, yang beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Perkhidmatan feri penumpang dan bot laju buat sementara waktu dihentikan sepanjang tempoh PKP,” katanya.

“Ini dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengekang penularan koronavirus.

Katanya, feri roro Labuan-Menumbok, masing-masing, dihadkan untuk satu perjalanan setiap hari.

Kedua-dua jurucakap itu mengulas pertanyaan dari seorang penumpang dari Beaufort yang mahu tahu sama ada orang awam masih dibenarkan melakukan perjalanan menggunakan feri ke pulau terbabit.

LARRY beranggapan larangan ke atas perjalanan antara daerah turut membabitkan perjalanan feri antara Labuan dan Menumbok.

Dia terkejut apabila mendapati dia masih boleh melakukan perjalanan ini, apabila dia menghubungi pejabat pengendali feri di Menumbok.

“Saya membeli tiket sebelum PKP untuk ke pulau itu sejurus itu dan mahu tahu jika saya masih boleh berbuat demikian,” katanya.

“Saya diberitahu saya akan dikenakan penalti jika saya menukar tarikh tiket saya.”

Larry difahamkan dia hanya akan menerima bayaran ganti rugi separuh jika dia membatalkan perjalanan ini.

Jurucakap pengendali feri berkata surcaj RM10 dikenakan ke atas penumpang yang menukar tarikh perjalanan mereka.

“Jika mereka ingin menukar masa perjalanan mereka akan dikenakan caj tambahan iaitu separuh daripada harga asal tiket mereka,” katanya.

Setiausaha Negeri Datuk Safar Untong mengumumkan pada 24 Mac bahawa orang awam tidak dibenarkan bergerak antara daerah ketika PKP berkuatkuasa.

Katanya, sekatan jalan raya akan diadakan di lokasi-lokasi strategik di setiap daerah untuk memastikan penduduk Sabah mematuhi arahan ini.

Beliau menegaskan, hanya mereka yang terlibat dengan perkhidmatan perlu akan dibenarkan membuat perjalanan antara daerah.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here