Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Gaji penjawat awam Sabah juga bakal naik
Published on: Wednesday, May 08, 2024
Published on: Wed, May 08, 2024
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Gaji penjawat awam Sabah juga bakal naik
Hajiji tidak mendedahkan kadar kenaikan penjawat awam negeri, mengatakan Kerajaan Negeri perlu menunggu pengumuman daripada Kerajaan Persekutuan yang dijangka dibuat semasa pembentangan Bajet Negara bagi 2025.
Kota Kinabalu: Penjawat awam negeri Sabah bakal menikmati kenaikan gaji yang akan diselaraskan seiring dengan rakan mereka di peringkat Persekutuan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Bagaimanapun, Hajiji tidak mendedahkan kadar kenaikan penjawat awam negeri, mengatakan Kerajaan Negeri perlu menunggu pengumuman daripada Kerajaan Persekutuan yang dijangka dibuat semasa pembentangan Bajet Negara bagi 2025.

Advertisement
“Kenaikan gaji, inilah yang kita tunggu-tunggu. Kerajaan Persekutuan telah mencadangkan kenaikan gaji penjawat awam Persekutuan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini mungkin diumumkan semasa pembentangan Belanjawan Negara bagi 2025.

“Kita juga akan beri kenaikan gaji untuk penjawat awam negeri. Kita akan ikut Kerajaan Persekutuan. Tetapi kita kena tunggu dulu pengumuman daripada Kerajaan Persekutuan (semasa pembentangan Belanjawan Negara),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Tripartite Hari Pekerja Peringkat Negeri Sabah 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (SICC) di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.

Pada 1 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan di Putrajaya berkata skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Dis tahun ini, iaitu kadar tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara. 

Advertisement
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang sedang disemak, Kerajaan akan memastikan pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.

“Pada masa ini, keseluruhan pendapatan minimum termasuk gaji dan elaun tetap ialah RM1,795 sebulan.”

Advertisement
Anwar berkata kenaikan gaji tertinggi ialah 13 peratus kira-kira 12 tahun lalu, dan Kerajaan Madani akan memastikan ia akan lebih tinggi kali ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here