Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Petani, penternak dan nelayan akan dibantu: MAFI
Published on: Monday, April 06, 2020
Text Size:

Petani, penternak dan  nelayan akan dibantu: MAFI
Gambar Bernama
LUYANG: Kerajaan Sabah akan membantu mereka yang menyumbang kepada rantaian bekalan makanan, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong.

“Kerajaan Sabah akan membantu semua yang menyumbang kepada rantaian bekalan makanan tanpa mengira sama ada mereka berada di bawah B40 atau M40. “Kementerian Pertanian & Industri Makanan Sabah (MAFI) akan menyalurkan RM300 ke akaun bank anda jika anda adalah penoreh getah, petani, penanam buah, nelayan dan penternak.”

“Bagi mereka yang telah mendaftarkan diri di bawah Kementerian saya, kami mempunyai butiran anda tetapi kami memerlukan nombor akaun bank anda. “Jadi, nombor akaun bank anda kepada agensi di daerah masing-masing mengikut sektor anda,” katanya. Sebagai contoh, katanya, jika anda adalah penoreh getah di Tenom, sila ke pejabat LIGS Tenom. “Jika kamu nelayan di Kudat, sila ke pejabat Jabatan Perikanan Kudat dan jika kamu penanam buah di Kota Marudu, anda boleh ke Pejabat Pertanian di Kota Marudu,” katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

“Saya juga akan cuba membantu mereka yang tidak berdaftar di bawah mana-mana agensi MAFI. Sila tampil kerana kami perlu mengenal pasti anda. Kami perlukan maklumat kamu supaya kementerian saya boleh membantu kamu.

“Untuk bersikap adil, setiap pemohon hanya akan dibantu sekali sahaja. Sekiranya kamu menternak ayam (penternak) dan tanam cili (petani) pada masa yang sama, kamu hanya akan menerima RM300, bukannya RM600,” katanya.

Junz yang juga Naib Presiden untuk Warisan berkata, rancangan holistik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh usahawan tani semasa tempoh PKP juga sedang dijalankan.

“Selain bantuan  jangka pendek, rancangan holistik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh usahawan tani tempatan yang menyumbang kepada rantaian makanan akan dimuktamadkan tidak lama lagi. “Pelan holistik akan menangani isu-isu melibatkan pengeluaran, pemasaran, logistik, pengangkutan dan jualan tempatan selain akan menangani isu-isu mengenai industri berkaitan rantaian makanan seperti baja, benih dan kilang makanan haiwan serta ikan.”

Junz memberi jaminan bahawa Kementeriannya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kita membantu nelayan untuk terus bertahan dalam krisis ini, bagi mengekalkan kesinambungan bekalan makanan di Sabah.

Beliau juga menggesa pemain agro Sabah agar memohon sebarang bantuan yang ada buat masa ini.

“Terdapat juga skim dan bantuan yang dibuat dalam Mesyuarat Exco kebangsaan pertama saya dengan Menteri Pertanian Persekutuan, Datuk Dr. Ronald Kiandee pada 31 Mac lalu,” katanya.

“Kamu boleh memohon program bantuan seperti pinjaman mikro kredit RM4.5 bilion, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,600, subsidi upah pekerja upah sehingga RM2,000 dari Perkeso, rebat elektrik sebanyak 15 peratus- 50 peratus (akuakultur dan penternak) dan program yang dibiayai melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Lembaga Pertubuhan Peladang.”





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here