Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pemeriksaan kesihatan percuma akan diperkenal
Published on: Friday, April 19, 2024
Published on: Fri, Apr 19, 2024
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Pemeriksaan kesihatan percuma akan diperkenal
Kerajaan Negeri turut memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Rakyat Sabah dengan menawarkan insurans kemalangan berkelompok yang disediakan oleh Syarikat Takaful Ikhlas General Berhad, pada kadar mampu milik RM10 setahun.
Kota Kinabalu: KERAJAAN Negeri akan memperkenalkan Pemeriksaan Kesihatan Percuma, bermula dengan 10 daerah termiskin, mulai tahun ini hingga 2028.

Ia akan dilaksanakan melalui klinik bergerak yang akan melawat daerah-daerah ini sekurang-kurangnya sekali setahun dan diperluaskan ke daerah lain kelak.

Advertisement
Kerajaan Negeri turut memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Rakyat Sabah dengan menawarkan insurans kemalangan berkelompok yang disediakan oleh Syarikat Takaful Ikhlas General Berhad, pada kadar mampu milik RM10 setahun.

Inisiatif ini diperkenalkan Kerajaan bagi melindungi mereka yang kurang berkemampuan jika mereka terlibat dalam kemalangan, katanya, sambil menambah ia akan ditawarkan kepada semua penerima kebajikan Sabah yang berumur antara 18 dan 80 tahun yang berminat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagi meningkatkan kesejahteraan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas, pelaksanaan Kompleks Bersepadu Orang Kurang Upaya dan Warga Emas Inanam akan diteruskan dan dijangka siap pada awal 2025.

“Kerajaan Negeri juga meneruskan usaha menyantuni golongan memerlukan dalam kategori terlantar, warga emas dan orang kurang upaya melalui Program Homeward yang diperkenalkan pada 2021.

Advertisement
“Sehingga 2 April 2024, sebanyak 661 pesakit terlantar telah dibantu berbanding sasaran awal 150 kes yang ditetapkan pada 2023. Secara keseluruhan, 1,060 pesakit terlantar telah dibantu melalui program ini yang melebihi sasaran asal,” katanya.

Yang Dipertua Negeri berkata, Kerajaan Negeri berazam untuk terus memperkasakan wanita untuk menyumbang secara optimum kepada pembangunan Sabah.

Advertisement
Melalui pelbagai program bantuan dan pembinaan kapasiti wanita termasuk latihan kemahiran dan usahawan yang telah dilaksanakan seperti program Santuni Wanita Outreach, JHEWAnita dan Santuni Komuniti, Kerajaan Negeri berharap lebih ramai wanita, khususnya daripada golongan sasar B40 dapat dibantu dan diperkasakan.

“Kerajaan juga menitikberatkan pembangunan dan kesejahteraan kanak-kanak. Di bawah inisiatif Pelan Pembangunan SMJ, inisiatif Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK) dilaksanakan bagi memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun di luar bandar.

“Sehingga 2023, sebanyak 38 PPKK telah dibangunkan di seluruh negeri dan dua lagi PPKK baharu akan dibina pada tahun ini.

“Selain itu, program kesedaran Menangani Isu Perkahwinan Awal Kanak-Kanak (MIPA) juga dilaksanakan bagi memberi kesedaran daripada aspek advokasi undang-undang, psikologi, kesihatan reproduktif dan sokongan sosial serta memerangi eksploitasi dan penderaan serta risiko kesihatan. berpunca kepada anak akibat perkahwinan awal,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here