Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


ASG rancang penculikan di perairan Timur Sabah
Published on: Thursday, May 28, 2020
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:

ASG rancang penculikan di perairan Timur Sabah
ANGGOTA kumpulan ASG (kredit: Ships & Sports)
Kota Kinabalu: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) memperketatkan keselamatan maritim di Pantai Timur Sabah susulan risikan mengenai ancaman penculikan yang dirancang oleh militan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) di perairan Timur Sabah dan di Laut Sulu-Sulawesi.

Komandernya DCP Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi pada Rabu berkata mereka menerima maklumat sama dan berkongsi maklumat itu dengan pihak berkuasa Filipina.

“Kami sudah memperkukuhkan keselamatan di kawasan perairan kita kerana kami menerima risikan ini.

“Saya menggesa komuniti maritim agar lebih berhati-hati dan memaklumkan kepada kami mengenai pergerakan kapal mereka. “Maklumkan kami dengan segera jika terdapat bot yang kelihatan mencurigakan dan tidak menghampiri sempadan,” katanya kepada Harian Ekspres.

Perjanjian Kerjasama Wilayah Memerangi Lanun dan Rompakan Bersenjata (ReCAAP) mengeluarkan amaran selepas menerima maklumat rasmi daripada Pengawal Pantai Filipina mengenai ketibaan lima militan ASG di Tawi-Tawi baru-baru ini.

“Kami menerima satu laporan bahawa lima militan bersenjatakan pelbagai senjata api mendarat di Pulau Omapoy dekat Perbandaran Sitangkai,” kata pusat ReCAAP.

Ia menambah bahawa Abu Sayyaf menyasarkan ahli perniagaan kaya atau bot nelayan dan kapal lain yang bergerak perlahan di kawasan itu.

ASG kadang kala menyasarkan pelaut untuk diculik di kawasan Laut Sulu dan Sulawesi.

Biasanya kumpulan itu menyasarkan kapal lebih kecil walaupun ia pernah menyerang kapal pedagang lebih besar yang belayar di antara Australia dan China. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here