Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Solat Jumaat 40 orang, lima waktu 12: Mufti
Published on: Thursday, June 04, 2020
Text Size:

Solat Jumaat 40 orang, lima waktu 12: Mufti
Kota Kinabalu: Majlis Fatwa Negeri Sabah pada Rabu bersetuju untuk membenarkan bilangan jemaah solat Jumaat kepada 40 orang berbanding hanya 12 orang sebelum ini manakala bilangan jemaah solat lima waktu ditambah kepada 12 orang, juga bermula esok.

Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar (gambar) berkata bilangan jemaah solat Jumaat itu termasuk Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid, imam, khatib sementara sembahyang lima waktu terdiri daripada jawatankuasa dan petugas masjid/surau dan orang awam.

Bagaimanapun, ahli jemaah yang berusia lebih 70 tahun dan mereka yang mempunyai gejala sakit seperti demam serta batuk tidak dibenarkan untuk hadir solat Jumaat.

“Pihak berwajib dan AJK masjid hendaklah menentukan ahli Jumaat yang ditetapkan terlebih dahulu bagi mengelakkan kekeliruan dan perselisihan antara ahli Jumaat berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Bungsu Aziz berkata orang awam masih belum dibenarkan hadir ke masjid dan surau melainkan orang yang telah ditentukan yang diberi kebenaran khas untuk melaksanakan solat Jumaat.

“Oleh itu diharapkan semua orang awam mematuhi nasihat dan saranan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Mereka yang berkenaan hendaklah mengambil langkah keselamatan dan sentiasa mengikut saranan dan garis panduan pihak Kementerian Kesihatan dan pihak berwajib agama di negeri ini,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here